bisakah???
8:58 PM by sharfeat
YYYYYYY
bisakah aku tersenyum sepanjang waktu
walaupun engkau lenyap dari hidupku
bisakan ku bukakan mataku
walaupun pandangan mu bukan untuk ku
bisakan aku pekakkan telingaku
bila engkau cuba lupakan panggilan namaku
bisakah aku mampu harungi semuanya....
mengharungi segala kepahitan yang aku lalui ketika engkau bersamanya.
bisakah aku dapat hidup dengan tenang
ketika engkau besamanya
bisakah aku dapat berdiri dengan kaku
ketika engkau selali disisinya
bisakah aku dapat menahan kesejukan
ketika si dia didalam pelukan mu
bisakah semua ini aku lalui
adakah hidup aku ditakdirkan begini
ditakdirkan hanya untuk disakiti dan dilukai
ditakdirkan hanya untuk memandam dan menyemat segala yang tersurat dan tersirat
biarkanlah aku terbang bersama rearama dilangit biru
merentangkan sayapku bebas diudara tuhan
bagaikan meluahkan segala perasaan pendamku pada mu
perasaan yangakhirnya membuatkanku seperti berada di dalam khayalan
khayalan yang bisa membuatkan ku termenung dengan kisah lampau hidupku....
YYYYYYYYYY
andai kau kenali aku
kau temui kehampaan
dalam setiap langkahku
andai kau kenali aku
kau terpaksa jelajahi
setiap ruang sepi hatiku
andai kau kenali aku
kau temui penyesalan
dalam setiap denyut nadiku
andai kau kenali aku
kau memperjudikan rasa
bagi menyingkap tabir rahsiaku
andai kau kenali aku
kau kenali kecewa
kerna aku tak punya apa
tiada guna kau kenali aku...
By Anonymous, at January 23, 2009 at 7:30 AM
jika ku mengenalimu,
hatiku tenang tanpa sebarang keraguan
jika ku mengenalimu,
persahabat akan mula tersemat di hatiku
jika ku mengenalimu,
mungkin kebahagian menyikap dipintu kehidupan ku
jika ku mengenalimu
harta benda bukan lagi dipandanganku
mengapa jurang yang membuat maknusia berputus asa yang memisahkan kita dilakukan oleh tangan kita sendiri..
biarkan persahabatn berputik tanpa erti harta benda..
persahabatan yang ikhlas bermula dari hati kita yang tulus ikhlas...
boleh kah saya mengenali awak???
By sharfeat, at January 23, 2009 at 7:53 AM
kasih sesama insan
mengitari kehidupan
senyawa senafas
menahan dan bertahan
tiap menerima bencana
di mana terhempap bala
insan merasakan kepedihannnya
angkara, loba dan
nafsu serakah
tak puas
merampas,
makain daif yang memang menipis
tinggal kerangka
bahkan air mata
tidak mungkin lagi menitis.
kesisihan
insan yang mulanya terbuhul kasih
sekarang baring berserakan;
bingung makna
dalam kenyangan ternganga
di tengah kasih persaudaraan
umat manusia.
By Anonymous, at January 23, 2009 at 8:59 AM
aku mohon padamu
izinkan aku berdiam diri
apa yang terlindung di balik hatiku
izinkanlah aku sendiri
terima kasihlah atas sarananmu
biarpun kita berbeza
kita mengenali budi hati
masing masing
jalan yang kau pilih
bukan jalanku
tidak mengapa
kita tidak serupa
hanya izinkanlah aku berdiam diri
mentafsir apakah di dalam matamu
perlahan lahan.
By Anonymous, at January 23, 2009 at 9:07 AM
jalan yang ku berikan bukan jalan terbaik buat mu..
jangan memberi pandangan yang kusut pada diriku..
jangan kau berikan aku segala keresahan yang aku sendiri tidak mampu menanggung...
dan jangan enkau mengungkap sendiri semua bencana yang tidak mungkin akan terjadi kerana engkau masih tidak mengenali siapa aku ni..
insan kerdil yang cuba berkata kata,
namun bibir dan lidah terkedu bagai ada yang belum pasti..
jika itu pilihan mu...
ku hanya bersarah..
thanks 4 viewing my blog..
By sharfeat, at January 24, 2009 at 7:19 AM
Post a Comment
<< Home