biarkan aku...

9:11 PM by sharfeat

semuanya tetap berlalu,kisah indah, kisah kelam...
yang tak pernah ada penghujungnya bagi ku,
semunya sudah tercatat,hanya terletak di tangan ku sendiri untuk mengubahnya..
namun,aku tidak berupaya untuk mengubah segala yang telah ditakdirkan,
walaupun warna kehidupanku seringkali samar,
namun aku redha dan cuba sedaya upaya agar warna hidupku yang samar dan kabur itu tidak luntur dari penglihatan ini,
setiap takdir tidak memihak kepada ku,
biar pun mati hidupku hanya untuk mu,
aku tetap akan berusaha untuk tetap jauh dari sisimu,
biar pun sedih gembira ku di wajah mu,
aku tetap akan melupakan setiap senyum yang terlakar dibibir mu,
biarpun setiap daripada nafasku hanya untuk mu,
aku akan cuba untuk menghentikan setiap degupan jantungku..
hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan untuk menjauhkan diriku darimu...
kenapa setiap langkah ku berat, walaupun hati ku merelakan segala galanya...
biarlah aku pergi,
biarlah aku mati,
biarlah aku sendiri dengan dunia ku yang penuh dengan tanda tanya yang tidak pasti.
hanya engkau yang aku tahu,
hanya engkau yang aku sayang,
hanya engkau yang buat aku bertahan walaupun aku sudah tidak mampu untuk menanggung segala beban..
biarkan aku pergi tanpa sebarang kekesalan..
kekesalan aku menyayangi dirimu seadanya..
biarkan aku pergi dengan senyuman..
senyuman yang pahit ditelan bersama perasaan ku yang luput mati,
biarkan aku menangis..
menangis dengan perasaan cemburu...
biarkan aku diam...
diam dengan seribu tanda tanya...
dan tolong biarkan aku..
mencintai dirimu....
walaupun ia hanya KHAYALAN belaka..
biarkan aku dengan permainan mu..
rasa sakit..
rasa pedih..
rasa benci...
selama 6 tahun ingin aku pendam...
namun semuanya sia belaka..
kerana aku tidak mampu untuk melakukan semuanya..
biarkan engkau membenciku,
biarkan engkau......
saat senyum ku sekarang ni bukan lagi untuk mu..
saat rindu ku ini bukan juga untuk mu..
dan saat kasih ku tidak lagi buat mu..
semua nya ini hanyalah untukNya..

| 0 comments

0 Comments:

Post a Comment
<< Home